2200 • 28 Febuari 2019 • [Mahallah Talhah,IIUM]
Hi. This post will be my first 2019 post. Dah lama nak tulis tapi tulah asyik tangguh & last² lupa. 🙄
Hari ni hari khamis. Aku baru je habis kelas. Quranic language. Atau nama senang dia Arab. Kelas arab. Aku rasa aku blur gila dalam kelas tadi. Nak bina perkataan dari جذر je pun. Hmm.. Aku paling benci bila aku rasa aku la yang paling tak pandai dalam kelas tu. Enough said tu bukan sebab utama aku tulis post kali ni.
Minggu ni masuk minggu ke-4 aku start semester 3 2018/2019 merangkap semester ke-2 aku. Semalam hari semua students laws daftar pre-graduation cfs. Sebesar kuman sedih. Haha.
Sebab aku sayang kawan2 aku yang sekarang walaupun "kawan-kawan" aku boleh kira je kot. Tak ramai. Aku bukan la jenis yang buat ramai kawan. Tak sombong cuma lagi suka sendiri.
Aku dah sayang dengan roommates aku. Aku dah sayang classmates aku sem 1 hari tu. (Classmates sem 3 ni belum ngam lagi..biasalah baru 4 minggu kenal. Nama pun tak lekat lagi dalam otak) Aku pun dah ok dengan UIA Kuantan dah. Aku risau kena pindah Gambang nanti. Hmm...
Semester 3 quite nice. Lecturers baik. Ramai muda². Subject pon ok. Classmates no comment. Tak ok pun sebab aku sekelas dgn budak paling kecoh dalam laws ni. Semak! Haha. And aku ada arab lagi. Level6. Rasa nak meninggal belajar arab lagi.
Contoh situasi yang buat aku sesak nafas belajar arab ni mcm siang tadi. Ustaz suruh present pasal بدل. Rasa nak menangis weh. Aku belajar arab gitu je. Entah macam mana boleh lepas sampai level6 pun aku tak tahu. Sesak nafas aku. Nasib sempat Abu je present. Huh~
Maybe ada orang yang baca post ni cakap " alaa badal je pun..". Tak pe la. Aku ni tak de lah pandai sgt arab. Belajar bukan macam korang pergi sekolah semua. Haha.
Ok la. Malas nak tulis panjang2 lagi takut meleret sampai esok. Aku dah mengantuk. Padahal kelas cuma 2 je hari ni. Haha
Bye
No comments:
Post a Comment