cussor

Thursday, December 6, 2018

Shari'ah ke tak

Hi. dah lama tak tulis blog ni. rasenye last few months ago.. tu lah, sibuk belajar kononnya, asyik tertangguh je. btw, aku tgh dgr Best of Me: BTS. haha. harus aku sebut pasal oppa. ok berbalik pada post kali ni..

      aku tgh pening memikirkan study aku ni sebenarnya wlpon dah selamat dah habis 1 semester belajar law ni. (ceh! dah habis dah pon sem 1 pon pening lagi ke nk belajar ape??) heh, ni lah aku. ok so, bear with me this time...

so, berbalik pada pangkal cerita aku tgh serabut nak sambung pursue shari'ah ke tak.. ikut result exam sem 1 hari tu, next sem aku patutnya arab level 5.. bayangkan betapa kecewanya aku bile tau arab aku cuma lepas level 4 je.. adoi. omputih kata : heart broken into pieces wooo!  beria-ria azam aku mula-mula masuk kls arab nak exempted untuk sambung shari'ah, sekali panggg! habuk pon tkde.

lps tu, nak dijadikan cerita aku tertgk IG story kawan aku, law jgk, shari'ah, dia upload gmbr buku/kitab arab dia kat UIA. adoi.. berbalam skjp pndgn aku tgk arabic words kat buku tu.. berderau jgk rse tgk masa depan aku sendiri.. terbayang-bayang diri aku yg terkapai² nak survive 5 tahun kat UIA kalau aku buat shari'ah.. fullamak tk terbayang wehh~~ 😕

aku ada jgk luahkan apa yg terpendam (ceh!) dlm hati ni kat mak ayah aku. dok tanya lah pendapat dorg mcm mana kalau aku drop arab skrg, ok ke? (means: aku tknk buat shari'ah) mak ayah aku basically ok je. dorg educated, mestilah chill chill je. cuma tulah, kata mak aku, dah hbis 1 semester dah, knp nk dropnya? lagipon sayang lah, double degree tu cuma tambah 1 tahun. tulah kekdg yg buat kte ni susah hati ni bukan kata² kasar pon, cara halus je parents aku ni tk nk aku drop arab..

aku berat hati nak drop arab ni sbnrnya sbb kwn2 sebaya aku, dorg buat shari'ah jgk. dorg pandai. aku pon fikir, aku pon straight As jgk SPM dulu. so tkde beza pon dgn dorg. tapi bila fikir balik, dorg semua ade basic arab strong. dtg dari sek hebat arab. aku je satu2nya yg bljr SPM sendiri plus tk ambil arab SPM. so, the struggle is real lah kan? bawah ni aku aku spillkan sebab² yg terbuku kat hati knp aku atas pagar nak sambung buat shari'ah ke tak?

1. sebab aku rse susah gila arab. aku tried the hardest. dduk paling depan bile lecture. selalu tanya bile tk fhm. but bile result keluar, it shows;  me-next sem-quranic language: level 5.. level 5??????? nk meninggal rsenye. (fyi: unt pursue shari'ah, kne lps arabic level 6)

2. aku compete dgn students yg semuanya ade background basic arabic. (at least!) aku je manusia yg x ambil spm arab tpi succeed exempted arabic test wktu APT UIA awal² intake dlm kls aku. (kata kwn2, ustazah & family aku, aku hebat lah tu blh selevel dgn kwn2 yg ade bground arabic... but reality; hurts wehhh)

3. memang niat dari be4 spm lagi tknk pursue shariah. (this reason matters THE MOST)

4. double degree civil + shari'ah will take me 4+1 years. which means i'll grad by the time i - 26y/o (belum masuk period practising law)..tk de prob sgt pon dgn period study ni actually but the sooner the better en..? bile dh study law ni, aku tk rse pon aku blh survive even for one semester tho. sumpah. ni kan plk 5 tahun.

5. aku sendiri tgh susah hati dgn course aku skrg. (Law is just bloody hell difficult!!)

6. aku rabak habis tgk pointer sem first ni. i was excellent during school time tpi masuk u, not a single thing went well for me. tkde satisfaction lgsg bljr. belajar cuma bagi stress. dulu sek,aku bljr for fun je. tk pnh nk stres gila² unt result.

7. aku sndiri still tk blh adapt uni's life. even dah 1 sem study. entahlah. everything's just beyond hard.. wlpon spm dlu aku blh kata aku bljr semua sendiri, tpi aku tk blh apply ape aku buat dlu dgn skrg.. btol! dunia sek tk sama dgn dunia universiti.

and the list goes on... (ceh! kalau dah tk nk tu ade je 1001 alasan) 😣 tapi jujur kot ni.. alasan unt tak nk buat shari'ah tu lagi byk aku nmpk dari alasan untuk aku buat. at least untuk aku la.

sigh, berat nanang~ tulah nak doa sungguh-sungguh nanti bila sampai Makkah. nak mintak Allah tunjuk jalan kat aku yg blur ni, nk teruskan ke tak.. nk spill, tak tau kat mana.. maklumlah takde boyfriend. eh! haha. 😂

so, kalau ade yg terbaca post ni yg terfikir nak pursue shari'ah ke tak tu ataupun ade yg tgh ambil SPM masih atas pagar nak sambung bljr ape tu baik fikir masak² dulu. jangan jadi macam aku ni hah. dulu masa SPM kemain bile org tanya ni nak sambung ape universiti nanti.. jwb riak je, law, mak cik!  pastu, kawan ajak buat shari'ah, main ikut je. sebab, lepastu kau jgk yg merana. (ye.. ckp kat diri aku sendiri lah ni) 😓

p.s; hari ni dah Dec 7, 2018..lagi brp hari be4 aku pergi buat umrah. for the first time. tak tau jgk rse ape. hesh.. aku ni la. mcm ni jgk lah. bile tye ok ke tk.. "entah lah" tu je lah trademark aku pon. entahlah.. tak tau nak rasa ape. oh. btw, gambar tu gambar aku ambil kat UIA lps balik dari vanggey. 😂😂

ok lah.. sampai sini jelah. be positive! 🤗

Sunday, September 23, 2018

First time overnight luar bilik

23/9/2018  [Mahallah Talhah, IIUM Kuantan]



Sir H bagi assignment. Web development. Guna Google Sites. Deadline dia kasik more less 4 mggu mcm tu. Submission on 20 sept. Khamis.

Macam biasalah nama pon manusia, senang lupa. suka bertangguh. bile dah rabu baru gelabah sebab tak start buat apa pon lagi untuk site tu. So, aku pon roger member-member aku yg lain. kiteorg pon sepakat nk siapkan malam rabu tu by hook or by crook.

19/9/2018 [Rabu, 8pm]

Malam ni bru lepas hujan so sejuk sikit. Aku tunggu ainul dgn aisyah. kiteorg nak pergi bilik wada dekat Mahallah Maimunah. The reason why malam ni meeting nk buat kat bilik wada sebab talhah recently byk sgt anjing berkeliaran. So kesian kat wada nk balik bilik dia jauh. Selalu discussion ape-ape kiteorg buat dkt surau talhah (which is dekat dengan bilik aku) lagipon wada je yang tinggal kat maimunah. So long short story, aku,ainul & aisyah gerak gi bilik wada. 

Smpai-sampai je kat bilik perempuan ni, selamba je aku terjah masuk. bertuah punye budak, baru bgn tidur. Wada decide ktorg buat kat surau bawah bilik dia konon ade wifi. Cis. Masuk je surau tu, wifi ke mana ape ke mana. Wifi router tu menyala pon tk.. But ktorg still gak start buat assignment tu. How? Wada pakai bill.. Hotspot untuk ktorg 3 org client dia. Small matter wei.. haha.. (Esok dia dpt SMS, dia dh reached limit hotspot dia. haha)
Disebabkan yang ade laptop cuma aku dengan wada so kiteorg gilir-gilir guna nk siapkan site tu. Sembang punye sembang dari mula-mula cuma ade laptop dengan meja jepun smpai dah bentang comforter, bantal, keropok & air. Senang cite dah berumah tangga kat surau M5 tu. Dari lagu melayu smpai ke lagu korea kiteorg pasang. Daripada ade sorg sister kat surau tu smpai sister tu dh masuk bilik dia and dari HRC Maimunah belum start meeting smpai dorg habis meeting, ktorg kat situ..

Ainul dah jalan dah. Jgn cerite. Konon suruh kejutkn dia. Kaatanya nk tidur 10 minit. Lebih sejam wei dia tidur. Biasalah melayu. Dari surau tu memekak dgn lagu dri phone aku, phone wada & phone ainul smpai cuma dengar bunyi kipas je. 

[1am, Khamis] 

Wada kejutkan ainul untuk guna laptop dia, siapkan site dia. Aku pon kejutkan aisyah untuk dia siapkn dia punye site guna laptop aku. Aku dengan wada dah siap. Serius kelakar wei. Ainul dengan bangga nye siang tadi kata kite siapkn dlm pkol 10 lebih kite balik lah... 10pm ape nye weh dah pkol 1 dh wei.. Tu pon cuma site aku dengan wada je siap.. Aku dah ngantok gile. Pinggang tak payah cerite nk tercabut gile rasa. Dah smpai limit aku dh. Selalunya aku tidur kat mahallah pkol 10:30pm. Paling lewat aku akan tidur pkol 1 tu pon kalau ade video best BTS kt youtube. (tapi biasanya jarang, Aku takut lajak subuh.) 

Aku tgk phone ade mesej dari roommate aku lepas tu. Dia tanya bile nak balik bilik. Sweet sgt. Caring. Mestilah dia pelik sebab yang selalu tidur lewat kat bilik aku tu dia dengan sorg lagi roommate aku. Tiba-tiba mlm ni aku jgn kata tak tidur lagi,balik bilik pon tak. Aku pesan kat roommate aku kunci pintu sbb nmpk gaya mmg aku balik before subuh esok.

Aku pon ambil bantal konon nak tidur,tapi aku tak berapa selesa sebab aku ni sbnrnye sejenis yang tidur tutup muka and aku tidur mmg tk pakai bantal. bantal kat katil aku tu cuma untuk menipu semua orang supaya tak nampak sangat pelik katil aku tak de bantal. Lagi satu aku x suka share selimut dgn org. Adik-adik aku pon aku tk suka. Nampak pelik. Tapi sebab sejuk sgt and selimut pon satu je selimut wada, aku pon guna je lah. 1 selimut dengan wada. (jangan pikir bukan2. selimut kaki je. lagipon open, ade ainul dengan aisyah kat situ. plus aku tak sokong LGBT). Aku dapat jugak tidur penangan ngantok punye pasal. So, tinggal lah ainul dengan aisyah yg berjaga pulak siapkan site dorg.

[4:30am, Khamis]

Ainul kejut aku dengan wada. Aku pon tk tau knp dia kejut. aku sambung tidur balik. siap mimpi lagi.

[5am, Khamis]

wada kejut ktorg bangun. tinggal sikit lagi untuk finalise site ktorg.. polish sikit-sikit. aku ikut je.

[5:30am, Khamis]

aku,ainul & aisyah gerak balik bilik. sebab minggu ni Hit The Prayer Week so semua residents kena subuh jemaah. Ainul MRC so dia kene kejut org bangun. ktorg kne lah balik. otw balik tu mmg sejuk smpai tulang hitam ar... tk boleh blah. dorg hantar aku smpai dpn tangga menghala cafe je.. seram gila nk balik. smpai je bilik aku terus sambung tidur. tak solat boleh lah.. mmg ngantok gile. 


[Khamis. Submission done.] 


esok empat2 lunyai dalam kls nasib khamis tu ktorg ade 2 kelas je. mmg kenangan habis la bermalam kat surau maimunah tu. The memory will remain forever lah. sumpah bonding time.

p/s: jangan tangguh-tangguh keje mcm ktorg ni esok nk kne submit baru nk terhegeh-hegeh buat. tapi kalau hidup asyik ikut pembaris bile nye nak nampak warna warni nye kan?


sungguh, ini kenangan belajar kat u 





Saturday, July 21, 2018

Brother Law UIA Thank You So Much

20/7/2018  [malam.Stesen LRT Masjid Jamek]

                      aku naik lrt. Then tersalah tren. And then,lrt main2 dgn aku bile system dia down. and the best part ever bile battery phone aku flat. and aku LAPAR gila. and baca LAPAR tu skali lagi. and aku tk tahu mcm mana nk balik. oh ya. grab applications aku pon main2 dgn aku bile aku x blh booking. so,,,,,,this is the beginning story of Brother Law UIA THANK YOU SO MUCH!




"adik.." aku pon bkk mata. pndg mak cik dpn aku.
"meh dduk sini.kesian dduk kt bwh tu" aku pon bgn dduk sblh ank dia.

<aku> <ank mak cik x> <mak cik x> <bro uia>

"nak naik dri sini g wangsa maju rm60" abg tu ckp kt mak cik x. "sbb high demand so grab naik harga"  bro tu sambung...aku dgr smbil ttup mata. penat dh. dh brp jam aku berjaga.

"ok lah klo cmtu.naik grab lah." mak cik x ckp

aku wktu tu dh meraung dlm hti ckp dgn mak cik ni jgn lah tgglkn aku, takut lah aku. tp biasa lah nama pon jerit dlm hati en. mana nk dgr. mak cik tu keluar jgk. tggl lah aku dgn abg tu. dia tk keluar. aku pndg dia. dia pndg aku. aku wktu tu dh berkira2 dh nk mntk pnjm phone dia nk call mak aku.

"nk pergi mana?" bro tu tanya aku.
"saya dri uia kuantan." aku dgn confidentnye jwb cmtu.pdhal trg lagi bersuluh bro tu tye aku nk g mana bkn dari mana.
"tak...nk pergi mana skrg ni?" bro tu tanya lagi
"ohh.lrt melati." jwb aku malu.berharap gila dia ni snggup tlg aku.wlpon aku tk tau mcm mana dia blh tlg aku. sbb dia lelaki kan aku malu dan segan lah kan.

Tapi bro tu buat x tahu je.dia tgk balik phone dia. aku mcm speechless gila. ingat kn dia tanya tdi ,dia nk tlg aku.aku pon jadi hopeless and helpless balik.

"nk g lrt melati dri sini rm35. saya byr rm20.awak byr rm15.ok?" tetiba aku dgr bro tu ckp.aku pndg dia and cuba cerna ape dia ckp. oh dia ckp psl grab. dia nk share grab dgn aku. so aku pon terus ckp ok. lps tu bro tu bgn keluar dri koc. wktu tu mcm bru tersedar..
weh j serius laa kau nk naik grab balik rmh dgn lelaki entah mana2 ni?? berdua???? entah btol ke tak. kang kena jual sia2. wktu tu bru start suspicious.

tpi yg pelik aku ikut jgk bro ni.sbb aku dh tk tau nk buat ape. (idk what would yguys do if you're in my shoes..)

"sek mana dlu?" soalan pertama keluar dari mulut dia lps tu..mula2 aku buat tk dgr,malas nk lyn.kang aku ckp bknnye dia tau sek aku kt mana. dia tye lagi. dlm hati aku dh bengang dh. semak betul dia ni.
"tahfiz.." jawab aku malas2...
"tahfiz mana?"
"alaaa..ckp pon bknnnye tau.." kerek gila kan aku balas...sumpah aku mls nk lyn.aku tgh penat tahap tk boleh bawak bincang.
"alaa...tye je kot.sje nk sembang."bro tu smbung. eh eh bro ni kecik je aku tgk. Blh plk dia main2 dgn aku.dia pikir kelakar ke? aku tgh pms ni. lapar lagi.


"byr guna ape? token ke kad? " bro tu tanya wktu aku dgn dia nk keluar lrt
aku lmbat2 jwb "kad.." ye lah sbb aku guna ic so aku tk tau ape mksd soalan dia. aku tk fhm ayt x brp jelas mcm ni. Setahu aku kad tu merujuk kad rapid tp aku guna ic.. (bodoh btol aku ni kan?)haha

and blh plk wktu nk byr tu ic aku hilang plk dlm beg..hesh.. meminta maki.
segan lah aku dh la rmai org..

"ade tk kad?"
"ade.."

ktorg pon keluar..but aku cuba jln slow dri dia. yknow what? dia sruh aku cpt. dia pikir aku bdk kecik ke? blh sesat sana sini? ok.pastu ape bnde yg tdi kau rse nk meraung sbb x blh balik? whatever.tu lain ni lain.. acah!

"nama ape?" dia tanya.
"j"
"oh.syamil.."

aku pelik. aku ade tye nama dia ke? (ok.once once again im the one who should be annoyed by every ppl..haha)

Then aku tggu dia book grab. tgh2 tggu tu dia ajk aku sembang plk. aku plk cuma senyum. tk senyum, bls ah....oh...hah....errr.... aku kan malas nk lyn abg ni..mls nk lyn sespe pon. aku penat!


tp tk nk lah nmpk mcm dia je yg beriya tye itu ini kt aku..so aku pon tye lah dia soalan yg aku tk brp nk tye pon..
"abang tahun brp dh law?" oh lupa nk cerita abg ni sbnrnye senior aku. laws jgk kt uia.. students AIKoL jgk.
"ohh..thn 3.tgh intern..ni bru balik keje lah ni.."
"ohh.." sbb aku tk tau ape tu internship..aku pnh dgr tp entahlah... (btw ye ke aku pnh dgr? HAHA)

ok.lps tu aku mls nk cerite lagi.yg pasti abg ni mmg byk ckp smpai aku rse dia ni annoying gila. klo dia ni abg aku, nak je aku maki dia. (berani ke? ;) )

Grab pon smpai.ok lah.sbb driver grab tu perempuan. Chinese. Smpai je grab tu abg tu bkk pintu blkg wktu tu aku mcm eh abg ni.tkkn aku nk dduk blkg dgn dia..kang aku dduk dpn nmpk mcm dia plk bos.(ok aku mmg tk suka dduk sblh seat driver.takut kne cekik dri blkg.pergh..imaginasi aku!) rupe2nye dia cuma letak beg dia je.pastu dia sruh aku masuk dduk blkg.skali lgi aku sngka buruk kat abg ni.jahat kan aku ni sbnrnye? tp bkn salah aku pon.ye lah dunia hri ni menakutkan.yg nmpk baik pon tk tau sbnrnye baik ke tk.. (dh salah,nk salahkn org..aku ni pon)

Masuk je dlm grab,abg tu start sembang dgn akak driver tu (or auntie or entahlah)..tp yg kelakarnye abg tu dh beriya2 dh ckp itu ini sekali auntie tu lmbt gila respon. auntie ni x fluent sgt melayu/english. so aku kesian lah kt abg ni cerite itu ini tp x de spe nk sambut..so aku pon try lah ckp ngan dia..

kire ok lah.. aku ambil insentif nk berckp dgn dia. Fikir dia dh tlg aku je..and since dia senior aku so aku pon tye la psl law kn.. bile lagi pon nk tye..ramahnye lah abg ni..


tak lama pastu..abg tu hulur fon dia kat aku dri seat dpn..aku tye nk buat ape..nk sruh letak dlm beg dia ke?

"nah.call parents awk."
"eh tk pe.parents dh tau dh.tdi dh bgtau." ok.aku berkira2 nk call parents aku. ye lah mana blh caye entah2 dia nk mntk duit tebusan ke kat mak aku. kesian mak aku.
"call je.parents awk msti tgh risau tu, Awak tk balik lgi. Save number dorang pastu whatsapp."

aku ikut jelah.main paksa2 plk.mak aku plk kecoh tk yh cite.aku plk yg mls nk lyn.aku tk bgtau pon yg owner fon ni lelaki.mau gelabah mak aku.(padahal dh balik tu mak aku tnjuk sebsr2nye icon pic whatsapp dia gmbr dia.. haha.. nmpk tk 'kewarasan' aku bile tgh gelabah..?


bile dh nk smpai lrt melati,aku dh readykn duit nk byr grab.. nk cpt2 keluar. nk cpt2 balik.

"awk byr rm10 je"

aku hulur rm20 pastu aku terus keluar grab.

"eh..sepuluh je." abg tu ckp...

aku buat2 tk dgr je..dia pon keluar ambil beg dia..aku bkk fon aku balik.(oh dh ade bateri dh sikit.semua sbb jasa abg ni bgi pnjm powerbank dia. (baik kan sbnrnye dia ni?aku je yg suspicious tk tentu psl)

keluar je dri grab dia tye dh call blm parents aku bgtau aku dh smpai.aku ckp lah aku dh bgtau.sbnrnye aku segan gila bile dia berdiri sebelah aku. dh mlm ni..aku perempuan dia lelaki. nmpk not nice kn..ceh! sjk bile pon aku pikir ape org ckp...haha

blm sempat aku nk suruh dia balik.. dia ckp..

"tk pe saya tggu smpai parents awk dtg." auch! sweet gilekan? terharu aku. gentleman hbis lah..wktu ni bru la aku nk ok dgn dia.rse yg dia ni mmg baik lah.snggup tlg aku dri masjid jamek tdi,bgi pnjm phone dia unt call mak aku,pastu bg lagi pnjm powerbank.and dia tggu lagi smpai mak aku dtg.

ok.smpai sini jelah cerite aku psl abg ni. nama dia syamil (or syameel..or shamil...entah).

kpd abg syamil,kalau you baca apa yg i tlis ni just nk ckp terima kasih sgt2 tlg i mlm tu.. tk tau lah mcm mana nk bls. and excuse my perangai yg entah ape2 mlm tu. and for your info,saya bkn introvert sgt tp saya penat sgt mlm tu + lapar gila,so malas nk berckp dgn awak. ade rezeki saya masuk gombak tlg2 lah saya ye mcm mana nk survive degree plk  :) haha


after that night:
# my father gave me his powerbank as i dont hv one. so he said dia tk nk jdi bnde ni lagi. bcs dia tau ank dia yg sorg ni mmg pemalas and tk care pon psl phone ade bateri ke tk. plus aku mmg jrg tgk phone bile keluar rmh. Sgt bahay and annoying. Protective is so my father.huhu

# and also my mom said i can go back home from kuantan again but cant when the time is already past 3pm. bcs that's the reason to what had happened that night.(but kalau bkn sbb tiket bas aku yg lmbt tu,mesti aku tkkn tau ade lagi manusia yg baik yg sudi tlg aku..well..everything happens for a reason kan?)




p/s: paling tk blh blah abg tu bgtau pointer dia wktu cfs dlu 3.9...... i was like 0_0 ..... mcm mana weh nk dpt 3.9 wehhhh? pub speaking impromptu speech aku pon bersepai hbis.. makan ape wehhhh???










Tuesday, January 30, 2018

Minor Surgery

Allahu!
Aku kena buat minor surgery Jumaat dpn. That's so scary! Suffered from mococele.. Its painless yet the surgery is quite pain. Ok. The dr said that. Not me. TOTALLY NOT ME!
As i arrived at home after do the check-up at the HKL i watched all the process of the surgery at Youtube.. Gosh! Meraung² aku tgk... Bru tgk, blm kena! Seriously?????!!!!!!! HA. HA.  gelak + nangis

Tuesday, January 9, 2018

Crush dah kahwin!

Dia dah kahwin! 
30 Dis 17.
Muda gila.
Dgn org yang dia suka.
Dia lupakan aku.
8 tahun aku tunggu dia. aku stalk dia diam-diam.
Semuanya sia-sia.
Finally..


Dia dengan spouse dia viral. Sebab kahwin muda.
Aku tengok dia happy.
He put so much effort to marry her. Indeed.
Aku?  Rabak! Tak terkata!